Home Utama Isu MH370 kembali tular selepas dakwaan lokasinya ditemui

Isu MH370 kembali tular selepas dakwaan lokasinya ditemui

MH370 Ir Kok Soo Chon
IMBAS KEMBALI. Seorang pengunjung melihat lukisan berkenaan kehilangan MH370 yang terdapat di pameran semperna memperingati tahun ke tiga kehilangan pesawat MH370 di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Isu mengenai misteri kehilangan MH370 kini kembali diperkatakan selepas ada pihak mendakwa telah menjumpai pesawat berkenaan menggunakan teknologi terkini.

Baru-baru ini seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey mendakwa kemungkinan besar MH370 berada di lautan Hindi dengan kedalaman 4, 000 meter seperti dilaporkan media antarabangsa termasuk BBC dua hari lalu.

Richard Godfrey

Godfrey mendakwa telah menghabiskan lebih setahun membuat kajian dan ‘mengira’ di mana MH370 terhempas.

Beliau percaya Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi 2,000 km barat Perth, Australia Barat dan kerja-kerja mencarinya sesuai dilakukan mulai tahun depan.

Penularan berita itu menjadi trending di seluruh negara termasuk Malaysia.

Bagaimanapun belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa di negara ini.

Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014 dan kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan anak kapal merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.- MalaysiaGazette