Home Utama Kes positif Covid-19 kurang berbanding semalam

Kes positif Covid-19 kurang berbanding semalam

Sebanyak 4,298 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah itu berkurangan 598 kes berbanding semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,298 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini dan jumlah itu berkurangan 598 kes berbanding semalam.

Jumlah terkini itu menjadikan kumulatif kes jangkita dalam negara sebanyak 2,658,772.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kadar kebolehjangkitan ( Rt) dalam negara yang terkini adalah 0.97.

Untuk rekod semalam, sebanyak 4,896 kes positif dilaporkan dalam negara.-MalaysiaGazette