Home Utama Mahkamah putuskan rayuan Najib atas sabitan kes SRC esok

Mahkamah putuskan rayuan Najib atas sabitan kes SRC esok

Datuk Seri Najib Tun Razak. Foto MOHD ADZLAN, 14 APRIL 2021.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC International.

Sehubungan dengan itu,  mahkamah juga akan menyampaikan keputusan rayuan Najib untuk membatalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International bernilai RM42 juta.

Kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Rahman Karim, tidak ada sebarang keadaan luar biasa atau syarat luar biasa yang telah dibuktikan kepada mahkamah bagi membolehkan keterangan tambahan itu dimasukkan dalam rayuan.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette