KUALA LUMPUR – Axiata Group Berhad melantik bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan sebagai pengerusi baharunya.
Pelantikan itu berkuat kuasa 1 Januari 2022.
Dalam kenyataanya, Axiata berkata, Shahril menggantikan Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid yang bersara akhir tahun ini.
”Lembaga pengarah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Ghazzali atas banyak sumbangan beliau terhadap pertumbuhan kumpulan sejak penubuhannya pada 2008.
“Beliau adalah ahli lembaga pengarah paling lama berkhidmat sejak syarikat ini diperbadankan dan telah mengemudi Axiata untuk melalui tempoh yang mencabar ke tahap yang lebih tinggi,” kata Axiata.
Ghazalli, 75, pertama kali dilantik dalam lembaga pengarah pada Mac 2008 dan memegang jawatan pengerusi lembaga itu pada 1 November 2018.
Pada masa sama, Axiata turut mengalu-alukan Shahril sebagai pengerusi baharu. – MalaysiaGazette