Home Nasional Kelantan lulus RM20 juta bagi pengambilan tanah di Bandar Baru Tunjong

Kelantan lulus RM20 juta bagi pengambilan tanah di Bandar Baru Tunjong

97594707_1547425445421342_4588064381199187968_n-640x644
Dr Izani Husin

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pengambilan tanah untuk pembinaan Klinik Ibu dan Anak di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II ke Bandar Baru Tunjong, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, tindakan ini dilakukan berikutan terdapat beberapa masalah yang timbul di sekitar kawasan HRPZ II seperti banjir dan kesesakan tempat parkir kenderaan.

“Pihak kami ketika ini telah memulakan proses pengambilan tanah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita hanya tunggu pembinaannya pula yang memerlukan bajet baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Mengenai perancangan bandar, Dr Izani berkata, ia perlu diteliti dari segi keselamatan seperti rumah flat yang dibina bukan sahaja tidak selamat tetapi sempit dan terlalu padat.

“Bagi bandar utama, kita masih belum mencapai kriteria Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon kerana keadaan rumah lama tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya. – Bernama

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts