Home Politik Najib masih boleh jadi calon PRU, kata Dr Mahathir

Najib masih boleh jadi calon PRU, kata Dr Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta mendapat perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan itu adalah hak para panel tiga hakim.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib.

“Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Department of Justice (DOJ), Amerika Syarikat. Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat stay of execution seperti ini.

“Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri itu membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Selepas itu, ketiga-tiga mereka membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ke atas beliau.

Kebenaran terhadap permohonan itu diberi sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Dalam pada itu, Mahathir turut mempersoalkan kedudukan Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Jelasnya ketika menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan nanti, adakah Najib boleh menjadi calon UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kelak.

“Kalau semasa menanti ia dibenar terus jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia juga dapat bertanding dalam PRU15.

“Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi perdana menteri juga.

“Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh,” soal pengerusi parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Merayu dengan air lior mana laku bossku. . Hulur lah salam pada hakim pati berjaya punya . Hahahahahaha

Comments are closed.