Home Nasional Kerajaan akan perkemas polisi berkaitan ekspatriat

Kerajaan akan perkemas polisi berkaitan ekspatriat

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin beramah mesra bersama ahli perniagaan yang hadir pada Majlis Makan Malam Dan Dialog Menteri Dalam Negeri Bersama International Business Chambers di Hotel The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkemas polisi berkaitan ekspatariat bagi membezakan pelancong dengan ekspatriat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana terdapat pelbagai andaian berhubung perkara itu yang sukar untuk membezakan antara ekspatriat dengan pelancong.

“Saya beritahu kepada pegawai-pegawai saya di bahagian Imigresen…saya kata macam mana kita ada pelbagai tahap ekspatriat…macam mana kita boleh mengekspatriat di seluruh dunia.

“Tapi, bila mereka datang ke sini dan buat perniagaan ini ada dua perkara sama ada ekspatraiat atau pelabur ataupun golongan profesional yang belajar di negara ini.

“Macam mana pula dengan mereka yang bekerja dan dapat gaji daripada orang lain ataupun orang Malaysia yang ada buat perniagaan di sini…adakah kita nak panggil dia ekspatriat atau sekadar pekerja dan sekarang kita ada tiga tahap ekpatraiat,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra Jabatan Inimgresen , di sini, hari ini.

Hadir sama pada Majlis itu Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Hamzah berkata, tedapat tiga golongan yang dipanggil ekspatriat iaitu mereka yang berpendapatan RM10,000 ke atas, golongan yang mendapat pendapatan dari RM5,000 dan satu lagi mereka yang menerima upah RM2,000 hingga RM5,000.

“Dan saya kata Malaysia menggaji mereka dan mereka tinggal di negara ini dengan mendapat bayaran RM2,500 dan nak dipanggail ekspatriat.

“Saya fikir kita kena ubah definasi ini…kita nak semuanya ada fakta…sama ada ekspatriat ataupun pelancong asing…maka saya benar-benar boleh panggil mereka ekspatariat…dan kita boleh keluarkan satu lagi polisi,” ujarnya. – MalaysiaGazette