Home Politik Pas dicabar terima Amanah selain Bersatu demi ummah

Pas dicabar terima Amanah selain Bersatu demi ummah

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Hubungan UMNO dan Pas jelas semakin renggang dan kini parti itu pula disalahkan kerana tidak mahu menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN)

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu berkata, padahal MN adalah wadah penyatuan yang ditubuhkan untuk menentang PH pada ketika itu.

Namun jelas beliau, Pas terlupa bahawa Bersatu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Pas tidak perlu play-victim dengan menyalahkan UMNO sedangkan pihak yang paling kecil hati dalam isu ini adalah UMNO. Namun, demi atas penyatuan kita ketepikan segala perbezaan.

“Mungkin generasi muda tidak tahu pada suatu ketika dahulu UMNO begitu hebat difitnah Pas hingga menggunakan agama untuk menyerang UMNO.

“Saya ingat lagi ketika itu UMNO dilabel sebagai kafir secara terang-terangan oleh Pas. UMNO juga dikatakan tidak layak bercakap bab akidah,” katanya di hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Najmil Faiz menambah, Terengganu menjadi saksi betapa kejamnya politik Pas memfitnah UMNO dengan menggunakan agama.

Namun kata beliau, pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan kuasa politik Melayu semakin lenyap dan UMNO mengetepikan segala perbezaan serta peristiwa lama untuk bekerjasama dengan Pas demi mengembalikan kuasa politik Melayu.

“Kini, Pas telah menetapkan pendirian mereka yang mahu bersama Bersatu dan UMNO perlu move-on dan mempersiapkan parti untuk bertanding secara tiga penjuru.

“Jika atas dasar penyatuan ummah, saya cabar Pas untuk terima Amanah (Parti Amanah Negara) dalam gabungan ini.

“Tapi tak pelik, esok lusa mungkin ada dalil contoh macam ini ‘Kerjasama Dengan Amanah adalah Harus’,” katanya yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. tanya je apa KISAH pembunuhan di MEMALI HINGGA SEKARANG BELUM SELESAI dan ROYALTI MINYAK ditukar pada wang ehsan dan PERUNTUKAN KELANTAN banyak dibekukan….PENJAWAT AWAM ditukar ke hulu jauh PADA ZAMAN umNO
    SAYA MENJADI SAKSI PERKARA2 INI

Comments are closed.