Home Utama JPJ lanjut diskaun saman 80 peratus sehingga 15 Disember

JPJ lanjut diskaun saman 80 peratus sehingga 15 Disember

Orang ramai beratur panjang untuk membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Berita baik untuk mereka yang masih tidak berkesempatan melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jabatan itu hari ini mengumumkan tempoh pemberian diskaun 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan sehingga 15 Disember.

“Pembayaran tanpa tunai (cashless) adalah sangat digalakkan di semua kaunter JPJ negeri serta cawangan dan juga Pusat Transformasi Bandar (UTC).

“Namun masih tertakluk kepada arahan Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri serta terma dan syarat,” umum JPJ menerusi poster ringkas perlanjutan tempoh pengurangan kadar kompaun hari ini.

JPJ melanjutkan pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus sehingga 15 Disember 2021 sebagai mendengar tutnutan rakyat yang menghadapi kesulitan dalam proses tersebut.Sumber JPJ

Penawaran kadar kompaun 80 peratus diberikan bermula 9 hingga 12 Disember ini bersempena Pameran 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang sedang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). – MalaysiaGazette