Home Nasional Lanjut diskaun 80 peratus saman PDRM: IGP akan buat pengumuman esok

Lanjut diskaun 80 peratus saman PDRM: IGP akan buat pengumuman esok

Orang ramai beratur panjang untuk membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka membuat pengumuman sama ada pemberian diskaun 80 peratus bagi saman jalan raya yang berakhir esok akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Perkembangan itu dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika ditanya sama ada PDRM akan melanjutkan diskaun seperti diputuskan Jabatn Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Esok Ketua Polis Negara akan melakukan walkabout di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, beliau akan membuat pengumuman berkaitan perkara ini (diskaun 80 peratus),” katanya secara ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Artikel berkaitan: 

Pagi tadi JPJ menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan tempoh pembayaran kadar kompaun saman akan dilanjutkan sehingga 15 Disember ini. – MalaysiaGazette