KUALA LUMPUR – Sebanyak 29 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM.
Daripada jumlah itu, lapan kes kematian berlaku sebelum tiba di hospital (BID).
Pertambahan baharu itu menjadi kematian terkumpul kematian kini menjadi 30,908.
Terengganu merekodkan kematian tertinggi dengan lima kes, diikuti Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masing-masing empat kes.
Selangor, Kelantan, Sabah dan Sarawak pula masing-masing tiga kes dan satu kes dilaporkan di Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Perlis.
Putrajaya, Melaka, Johor, Perak dan Labuan pula sifar kes kematian.
Sebanyak 25 daripada 29 kematian berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.
Setakat tengah malam tadi, sebanyak 594 kematian Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.
Dalam pada itu, KKM berkata, sebanyak 57,926 kes aktif dilaporkan, termasuk 408 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 206 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,695,143. – MalaysiaGazette