KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Sajjad atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak kisah aset-aset dalam rumahnya di Kota Damansara, di sini, dilelong hari ini.
Menerusi satu sesi Live, Sajjad, 36, berkata, apa yang penting dia kini mahu meneruskan kehidupan baharunya di Australia
Tambah Sajjad lagi, dia tidak bersedih dengan keputusan tersebut.
Katanya, apa yang membuatkan dia menangis apabila rindukan kedua anak angkatnya.
“Tak payah nak sedih-sedih benda dah jadi dah. Kami tak teriak pun, ampa pula yang lebih-lebih nak teriak bagai. Bukan duit ampa, duit kami yang kena lelong tu.
“Kami teriak sebab kami rindu suasana Malaysia dan rindu anak-anak. Saya tak perlu bersedih. Saya dah jadi penduduk tetap di sini, kenapa nak sedih eh?” katanya. – MalaysiaGazette