Home Seni Hidup CT Faizah wanita pertama YDP MPPUSM P. Pinang

CT Faizah wanita pertama YDP MPPUSM P. Pinang

CT Faizah.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah tersendiri apabila memilih pelajar wanita sebagai Yang Dipertua menerusi pemilihan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) Sidang Akademik 2021/2022 baru-baru ini.

Pelajar Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi USM, CT Faizah Abdul Rahman berjaya mendapat 4,023 undian.

Pemenang lain untuk Konstituensi Umum ialah pelajar PP Sains Komputer, Dania Ridzlon mendapat 3,901 undi; pelajar PP Sains Kemasyarakatan, Mohamad Yusof Tashfin Musa mendapat 3,665 undi; pelajar PP Komunikasi, Rayane Mok Roc Tsen mendapat 3,512 undi dan pelajar PP Komunikasi, Muhammad Ajri Roslan mendapat 3,380 undi.

Antara yang menang tanpa bertanding ialah mantan MPPUSM 2019/20, 2020/21 iaitu Amir Asyraf Mohd Sabri, Ahmad Naim Mohd Salleh dan Syed Aidil Adha Zain untuk Konstituensi IPS.

Keseluruhannya 38.26% pelajar atau 5,576 orang membuat pemilihan yang dilaksanakan pertama kalinya sepenuhnya secara dalam talian melalui Sistem e-Pilih.

Ini merupakan kali ketiga, pemilihan MPPUSM dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai sepenuhnya oleh pelajar.

Sebanyak 45 kerusi dipertandingkan iaitu 10 kerusi Konstituensi Umum (termasuk Kampus USM-KLE India) dan 35 kerusi untuk Konstituensi Pusat-pusat Pengajian.

Seksyen 70 Perlembagaan Universiti Sains Malaysia (P.U.(A) 220) memerlukan pelajar membuat pemilihan kepimpinan baharu MPPUSM yang tertangguh akibat pandemik Covid-19. -MalaysiaGazette