Home Sukan Liga Juara-Juara: Man United bertemu Atletico Madrid

Liga Juara-Juara: Man United bertemu Atletico Madrid

Foto Kredit Harold Cunningham / UEFA HANDOUTEFE

LONDON – Manchester United diundi bertemu Atletico Madrid pada undian kali kedua pusingan 16 pasukan Liga Juara-Juara Eropah.

Jiran United, Manchester City akan bertemu kelab Sporting Lisbon sementara Liverpool akan menentang Inter Milan.

Juara bertahan, Chelsea diundi menentang Lille, satu-satu undian yang tidak berubah.

Tiga jam selepas proses undian pertama dibatalkan dan disahkan tidak terpakai, Timbalan Setiausaha Agung Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Giorgio Marchetti memohon maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pengundian.

“Seperti sedia maklum, kita telah mengenalpasti masalah teknikal pada perisian yang sangat serius sehingga keputusan pengundian pertama sedikit terjejas.

“Setelah proses undi pertama, juruaudit bebas dari luar tidak dapat menjamin masalah tersebut sehingga kita terpaksa menjalankan semua proses undian semula kali kedua untuk membetulkan keadaannya,” katanya.

Proses undian kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Liverpool akan berkunjung ke Inter Milan yang dilihat lebih mencabar berbanding undian awal yang menyaksikan pasukan itu bertemu Salzburg manakal Real Madrid akan bertemu Paris Saint Germain. – Mirror.co.uk

Undian penuh Liga Juara-Juara:

Salzburg vs Bayern Munich

Sporting vs Man City

Benfica vs Ajax

Chelsea vs Lille

Atletico Madrid vs Man Utd

Villarreal vs Juventus

Inter vs Liverpool

PSG vs Real Madrid