MGNews: Mahkamah Tinggi Arah KDN, RoS Daftarkan MUDA Dalam 14 Hari – Peguam

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mendaftarkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai sebuah parti politik dalam tempoh 14 hari.

Peguam MUDA, Lim Wei Jiet berkata, mahkamah turut menolak alasan yang diberikan pihak kerajaan sebelum ini kerana kerana parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu prejudis kepada keselamatan negara.