HONG KONG – Kira-kira 150 orang terperangkap di atas bumbung Pusat Dagangan Dunia Hong Kong dalam satu kebakaran hari ini.
Menurut polis, kejadian itu berlaku di bangunan terletak di kawasan komersial dan pusat beli-belah yang sibuk di Causeway Bay.
Memetik laporan dari Reuters, anggota bomba memadamkan kebakaran menggunakan dua jet air selain tangga dan alat pernafasan dalam usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Menurut polis, kira-kira 100 orang bergerak dari sebuah restoran ke tingkat 39 apabila kebakaran berlaku dan asap memenuhi ruang makan.
Tujuh wanita dan seorang lelaki adalah antara lapan orang yang dibawa ke hospital manakala seorang daripada mereka separuh sedar, kata polis.
Keadaan di luar bangunan tenang dan terkawal selepas anggota bomba mengepung kawasan itu.-Reuters