Home Nasional Pembantu tadbir sebuah hospital ditahan SPRM

Pembantu tadbir sebuah hospital ditahan SPRM

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pembantu tadbir sebuah hospital universiti awam, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan membabitkan pembekalan kelengkapan hospital, dianggarkan bernilai lebih RM300,000.

Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang tadi, selepas hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya lagi, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok bagi pertuduhan. –  MalaysiaGazette