Home Nasional SPRM cari Abdul Ahad Khan

SPRM cari Abdul Ahad Khan

Ahmad Ahad Khan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kini sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu pengurusan kes.

Lelaki tersebut, Abdul Ahad Khan, 49, pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD dan mempunyai alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, TTDI, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432923/ 09-6301920 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette