Home Nasional Rebut peluang terakhir memenangi hadiah lumayan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021

Rebut peluang terakhir memenangi hadiah lumayan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021

KUALA LUMPUR – Jangan lepaskan peluang terakhir memenangi hadiah utama Gold Bar bernilai RM150,000 yang ditawarkan dalam kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang bakal berakhir pada 31 Disember ini.

Hadiah menarik lain yang ditawarkan adalah dua buah kereta Perodua Bezza 1.3AV, perkakas dapur canggih Thermomix serta hadiah saguhati tunai berjumlah RM221 untuk 215 orang pemenang.

Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 yang bermula pada 1 September lalu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM320,000 ini berpeluang untuk dimenangi oleh semua masyarakat Malaysia. Promosi ini merupakan kesinambungan Cabutan WOW! SSPN-i Plus yang berbaki 15 hari lagi.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kenyataan juga berkata, promosi selama empat bulan itu dikhususkan kepada pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan di dalam tempoh kempen.

Promosi Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 terbuka kepada:
a. Pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;

b. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan;

c. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 melayakkan satu (1) cabutan. Tiada had untuk bilangan cabutan;

d. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tarikh cabutan.

Para pendeposit yang memenuhi syarat-syarat tersebut tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk menyertai kempen ini kerana kelayakan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 adalah automatik bagi pendeposit yang layak.

Simpan SSPN Plus didatangkan dengan pelbagai keistimewaan serta manfaat kepada pendeposit iaitu perlindungan takaful yang murah, mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan komprehensif.

Pelan ini sangat kompetitif dan unik kerana simpanan pendidikan digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang tentunya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran.

Menurut PTPTN mereka yang berminat untuk membuka akaun Simpan SSPN Plus boleh melayari www.lovesspn.com atau hubungi Eksekutif Pemasaran di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

Para pemenang akan dimaklumkan melalui surat, emel, panggilan telefon atau kaedah penyampaian lain yang bersesuaian. Nama-nama pemenang juga akan dipaparkan di laman portal rasmi PTPTN: www.ptptn.gov.my – MalaysiaGazette