Home Seni Hidup Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia

Bapa Liyana Jasmay meninggal dunia

Foto Instagram Liyana Jasmay.

KUALA LUMPYR – Bapa kepada pelakon Liyana Jasmay, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, meninggal dunia hari ini selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit kanser paru-paru.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

Pelakon filem Papadom itu turut berkongsi kedukaannya menerusi satu hantaran Instagram yang disertakan dengan sekeping gambarnya bersama arwah bapa.

“Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.

“You gives me so much daddy and i thank you for raising me well. Hanya doa yang mampu mengiringi babah sekarang. Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. I love you babah,” tulis Liyana di Instagramnya.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al- Iman Kemensah Height petang ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor.

Allahyarham yang merupakan seorang ahli perniagaan semasa hayatnya meninggalkan seorang balu, Datin Habsah Simpon, 64, dan empat orang anak, Juzaili Jasmay, 44, Faradilla Jasmay, 41, Adriana Jasmay, 39, dan Liyana, 33. – MalaysiaGazette