KUALA LUMPUR – Daerah Hulu Langat sudah menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 12 tengah hari tadi.
Putrajaya 95.7%, Sepang 91.2 peratus, Petaling 90.1 peratus dan Kuala Langat 80 peratus.
Pengurusan Air Selangor berkata, sehingga jam itu pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 92%.
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini.
Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian dan berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Gangguan air di 463 kawasan ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih berikutan pencemaran bau diesel yang telah dikesan di Sungai Semenyih semalam. – MalaysiaGazette