Home Nasional Hanya daerah Petaling masih alami gangguan bekalan air

Hanya daerah Petaling masih alami gangguan bekalan air

ar selangor
berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras sedang dijalankan bermula pukul 3 petang tadi.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di daerah Petaling mencapai 93.6 peratus setakat 6 petang tadi manakala empat daerah lain iaitu Hulu Langat, Putrajaya, Sepang dan Kuala Langat sudah pilih sepenuhnya.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 11:30 malam ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Sebanyak 463 kawasan yang terjejas dengan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih sejak semalam berikutan insiden pencemaran bau di Sungai
Semenyih.

Air Selangor menyarankan para pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. – MalaysiaGazette

+ posts