Saksi perbicaraan rasuah terowong dasar laut yang membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu mahkamah tertuduh sebenarnya ada meminta 10 peratus keuntungan daripada projek mega berkenaan.
Dakwa saksi pendakwaan ke-23, Pengarah Eksekutif Kanan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, perbuatan itu dilakukan oleh Guan Eng dalam sebuah kereta dalam perjalanan pulang ke hotel di Kuala Lumpur selepas makan malam pada Mac 2011.