MEXICO CITY – Seorang pelakon wanita dan juga penyanyi popular di Mexico mati ditembak semasa menunggu anaknya dari akademi latihan bola sepak.
InsidenĀ menyayat hati itu berlaku ketika dia mahu mengambil anak lelaki berusia 11 tahun di Morelos, lapor media tempatan.
Tania Mendoza dilaporkan berada di di luar kompleks sukan di bandaraya Cuernavaca bersama ibu bapanya sebelum dia didekati oleh dua lelaki bersenjata api yang menaiki motosikal dalam kejadian pada Selasa.
Salah seorang suspek telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah artis wanita itu sebelum melarikan diri.
Mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi di depan mata ibu bapanya yang panik dengan tragis yang menimpa anak perempuannya itu.
Sekurang-kurangnya 10 wanita dibunuh di negara Amerika Latin itu setiap hari sepanjang tahun lalu, menurut data rasmi Mexico.
Kumpulan Hak Asasi Manusia Amnesty International berkata, sekitar satu pertiga atau 940 kes membabitkan pembunuhan wanita di negara itu.
Mendoza, 42, popular pada tahun 2005 selepas memegang watak utama dalam filem La Mera Reyna del Sur.
Dia juga muncul dalam beberapa iklan opera sabun tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendedikasikan kariernya sebagai penyanyi dan menghasilkan lima album lagu popular.
Pada 2010, dia telah diculik bersama suami dan anaknya yang berusia enam bulan ketika itu dari tempat mencuci kereta.
Sejak daripada kejadian itu, dia mengadu kepada Peguam Negara Morelos beberapa mengenai ancaman ugutan bunuh yang diterimanya.
Namun selepas, insiden pembunuhannya pada 14 Disember lalu, masih belum jelas motif dan individu yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan tersebut.
Polis melancarkan operasi untuk menjejaki kedua-dua suspek namun tiada sebarang tangkapan sehingga hari ini. – BBC News