Home Nasional 18 kes kematian Covid-19 semalam

18 kes kematian Covid-19 semalam

Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Negara menyaksikan 18 lagiĀ  kes kematian Covid-19 semalam.

Daripada jumlah itu, satu kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah menjadi 31,044.

Perak merekodkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes, diikuti Selangor tiga kes, masing-masih dua kes di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor dan Perlis pula mencatatkan satu kes.

Manakala Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Sarawak dan Labuan tiada kes kematian direkodkan.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 2,711,764 kes jangkitan Covid-19.

Semalam, KKM berkata, kadar kes sembuh harian terus naik dan melepasi paras 5,000 kes pada hari ini apabila setakat 12 tengahari semalam sebanyak 5,098 kes direkodkan. – MalaysiaGazette