Home SISWA UPSI tangga 176 UI-Greenmetric World University Ranking 2021

UPSI tangga 176 UI-Greenmetric World University Ranking 2021

Pintu masuk UPSI

KUALA LUMPUR – Kedudukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melonjak kepada kedudukan ke-176 ranking terbaik dunia dalam penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2021 berbanding kedudukan ke-203 pada tahun 2020.

Naib Canbselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berbangga dengan pencapaian universiti itu peringkat dunia untuk kali kelima bagi tahun 2021 yang diumumkan
baru-baru ini.

Beliau berkata, lonjakkan itu berikutan daripada keberkesanan pelan strategik UPSI 2021-2025 yang memberi penekanan khusus dalam kelestarian kampus.

“Ranking ini adalah penanda aras kepada komitmen universiti di seluruh dunia dalam meningkatkan kelestarian kampus dan UPSI yang terletak di sisi Banjaran Titiwangsa yang indah permai memberi kelebihan dan selain pelbagai keistimewaan dari aspek pengurusan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata, penarafan berkenaan meliputi enam indikator utama iaitu persekitaran dan infrastuktur, tenaga dan perubahan cuaca, pengurusan sisa buangan,
penggunaan air, pengangkutan dan pendidikan.

Katanya, kejayaan UPSI menunjukkan komitmen berterusan terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menerusi kebelbagaian aktiviti kelestarian kampus.

UPSI memiliki dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang berkeluasan 85 ekar terletak berhampiran pekan Tanjung Malim, manakala Kampus Sultan Azlan Shah yang berkeluasan 850 ekar pula terletak di Proton City. – MalaysiaGazette