Home Nasional Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras

Operator kilang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras

drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo

KUANTAN – Seorang operator kilang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Halmi Nazlan, 34, dari Kampung Kuala Pahang di sini, dikatakan hilang pada 1 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Pekan.

“Mangsa difahamkan menaiki kereta bersama seorang rakan dan mereka cuba menyelamatkan diri apabila terperangkap banjir namun mangsa dikatakan gagal dikesan selepas itu,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Wan Mohd Zahari berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 pegawai dan anggota polis dan bomba, menggunakan dua bot dan masing-masing sebuah lori serta pacuan empat roda.

Kejadian ini merupakan kejadian hilang kedua dalam tempoh 24 jam, selepas seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental masih belum dijumpai selepas dikatakan terjun di Jambatan Sri Damai di sini pada 12.25 tengah hari semalam.- BERNAMA