KUALA LUMPUR – Beratus-ratus orang terperangkap di Shah Alam semalam akibat terkandas akibat banjir sejak semalam.
Mereka rata-ratanya datang dari Klang juga terputus hubungan untuk keluar menuju ke Kuala Lumpur.
Semua jalan keluar dan masuk ke Shah Alam terputus terutama laluan lebuh raya dan disifatkan bencana alam paling teruk pernah berlaku di Lembah Klang.
Keadaan banjir di sekitar Shah Alam dan Klang juga semakin kritikal dan ramai sudah dipindahkan ke pusat pemindahan.
Malah hotel-hotel di sekitar bandar raya Shah Alam juga sudah penuh ditempah oleh mangsa-mangsa banjir.
Selain hotel, beberapa agensi seperti perpustakaan Shah Alam, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah juga dibuka kepada mangsa banjir dan mereka yang terperangkap.
Ramai juga yang terpaksa tidur di dalam kenderaan di tepi-tepi jalan kerana tidak lepas keluar sejak petang semalam.
Kedai stesen minyak menjadi lokasi mereka membeli barangan makanan bagi mengalas perut selain ada juga penduduk tempatan menyalurkan makanan.
Selain itu, keadaan banjir juga berlaku di beberapa tempat seperti di Jalan Klang Lama, Ampang dan Hulu Klang selain beberapa kejadian tanah runtuh.
Di ibu kota, air Sungai Klang melimpah malam tadi menyebabkan beberapa kawasan tenggelam termasuk Dataran Merdeka dan kawasan sekitar pusat beli-belah Sogo.- MalaysiaGazette