SYDNEY – Mangsa insiden permainan belon istana yang meletop pada minggu lalu meningkat kepada enam orang, kata polis.
Chace Harrison, 11, menghembus nafas terakhir di Hospital Hobart semalam, tiga hari selepas kemalangan itu.
Kanak-kanak itu adalah antara sembilan pelajar terpelanting pada ketinggian 10 meter dari permainan itu apabila ia terbangkan oleh angin di sebuah sekolah di Devonport, Tasmania, lapor BBC News.
Dua kanak-kanak masih dalam keadaan kritikal di hospital.
Lima kanak-kanak yang kehilangan nyawa ialah Addison Stewart yang berusia 11 tahun, Zane Mellor, Jye Sheehan, Jalailah Jayne-Maree Jones, masing-masing 12 tahun, dan Peter Dodt.
Seorang budak lelaki yang cedera dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lalu.
Dia melawat Sekolah Rendah Hillcrest semalam dan memberi penghormatan kepada rakan sekelasnya.
Polis berkata, terdapat kira-kira 40 kanak-kanak serta guru dan orang dewasa lain di pesta sekolah itu pada hari kejadian. – BBC News