DUBAI – Bunyi tembakan anti-pesawat yang kedengaran pada hari Isnin dari loji kuasa nuklear Bushehr Iran adalah daripada latihan pertahanan udara untuk meningkatkan kemampuan sistem pertahanan, lapor agensi berita Iran Fars.
“Latihan ini berlangsung pada jam 5 pagi waktu tempatan (130 GMT) dengan persiapan penuh dan diselaraskan oleh angkatan tentera,” kata pegawai Iran, Mohammadtaqi Irani.
Rundingan tidak langsung antara Iran dan Amerika Syarikat telah disambung semula untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 dengan kuasa besar, yang ditinggalkan Amerika Syarikat tiga tahun lalu, mengenakan semula sekatan keras ke atas negara tersebut.
Musuh utama Iran, Israel, telah memberi amaran bahawa ia akan mengambil langkah lain sekiranya diplomasi gagal mengekang program nuklear Iran yang sedang pesat membangun. – Reuters