ANTANANARIVO – Sebuah helikopter tentera terhempas pada Isnin di pantai Fenerive-Est di wilayah timur laut Madagascar, dengan empat orang hilang, termasuk setiausaha negara yang bertanggungjawab bagi kawasan pedalaman, Serge Gelle, kata Kementerian Pertahanan.
Insiden itu berlaku pada sebelah petang ketika Gelle dalam perjalanan pulang selepas bertemu Perdana Menteri Christian Ntsay dan pegawai lain untuk membincangkan operasi mencari dan menyelamat sebuah kapal karam di Soanierana Ivongo, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan dalam talian.
Sebuah kapal kargo dengan 130 penumpang karam di luar pantai timur laut Madagascar pada Isnin lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang.
“Helikopter kedua yang membawa perdana menteri dan menteri pertahanan negara selamat dan terhindar daripada bahaya,” kata kenyataan itu.
Punca nahas itu sedang disiasat sementara usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, kata kenyataan itu. – Xinhua