Home Utama Ameer Ali halalkan mereka yang mencuri di Mydin Mart Taman Sri Muda

Ameer Ali halalkan mereka yang mencuri di Mydin Mart Taman Sri Muda

looters rob flood Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 17 JULY 2021. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021. Mydin Mart Taman Sri Muda
Managing Director of Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 17 JULY 2021. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang mencuri barangan di cawangan Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada Sabtu berikutan banjir yang yang mengakibatkan syarikat itu menanggung kerugian berjuta ringgit.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) itu berkata, sejujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut namun keadaan darurat mungkin menyebabkan penduduk setempat tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan niat yang sebaliknya.

Zakat LZS

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir dan pandemik ini sedia pulih seperti biasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman video yang memaparkan pasar raya Mydin yang terletak di Taman Sri Muda yang ditenggelami air dipecah masuk antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang pada hari tersebut.

Menurut Ameer, beliau amat tersentuh dan simpati dengan bencana banjir teruk yang melanda terutamanya ketika negara masih bergelut dengan wabak pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.