Home Nasional Banjir: Satu lagi mayat ditemui di Sri Muda malam tadi

Banjir: Satu lagi mayat ditemui di Sri Muda malam tadi

Anggota Bomba menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap banjir akibat hujan berterusan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 25 Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Satu lagi mayat mangsa disyaki lemas dalam bencana banjir telah ditemui anggota bomba dan penyelamat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam malam tadi.

Mayat yang identiti dan jantinanya yang belum disahkan itu dilaporkan telah ditemui kira-kira 11.45 malam.

Penemuan mayat itu menjadikan keseluruhan angka mangsa terkorban di kawasan perumahan itu meningkat kepada lapan mangsa dan ke-11 di negeri Selangor.

MalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa.- MalaysiaGazette