Home Nasional Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia

Datuk Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia jam 11.45 malam tadi di kediaman anaknya, Nornekman di Damansara.

Nornekman ketika dihubungi berkata, jenazah bapanya dijangka dikebumikan di sini selepas solat zohor.

Jenazah terlebih dahulu akan dibawa ke kediaman Allahyarham dekat Larkin di sini.

Artikel berkaitan:

Oktober lalu, Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor dikatakan diserang strok ringan.

Bagaimanapun, pada bulan lepas Osman dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selama dua minggu sebelum dibenarkan keluar.

Allahyarham yang berusia 70 tahun dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihanraya Umum 2018 dan memegang jawatan tersebut bagi tempoh 12 Mei hingga 8 April 2019. – MalaysiaGazette