Home Ekonomi Harga RON97 turun 1 sen

Harga RON97 turun 1 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 23 Disember 2021 hingga 29 Disember 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette