Home Nasional Menteri-menteri Luar ASEAN zahir takziah kepada Malaysia, Filipina

Menteri-menteri Luar ASEAN zahir takziah kepada Malaysia, Filipina

Beberapa buah kenderaan milik penduduk yang musnah akibat dilanda banjir dua hari lepas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hulu Langat, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 DISEMBER 2021.

JAKARTA – Menteri-Menteri Luar ASEAN menzahirkan takziah serta menyuarakan sokongan kepada Malaysia dan Filipina susulan bencana alam yang melanda hujung minggu lalu,  menyebabkan kemusnahan serta kehilangan nyawa.

Malaysia dilanda banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri akibat hujan lebat berterusan, meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa, manakala Filipina dilanda Taufan Rai mengakibatkan korban seramai 375.

“Negara anggota ASEAN sedih dengan kehilangan nyawa, penduduk hilang tempat tinggal serta kerosakan harta benda.

“Simpati dan takziah kepada kerajaan serta rakyat, terutamanya mereka yang terjejas akibat bencana alam ini,” menurut kenyataan Menteri-Menteri Luar ASEAN.

Menteri-Menteri Luar ASEAN bersolidariti dengan kedua-dua negara dan rakyat serta bersedia untuk menghulurkan kerjasama dan sokongan ketika detik sukar ini. – Bernama