
KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 berkurangan sedikit hari ini berbanding semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sejumlah 3,510 kes baru dikesan.
“Pada 23 Disember 2021, jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan adalah 3,510 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,731,713 kes,” katanya di Twitter hari ini.
Kementerian Kesihatan melaporkan 3,519 kes baru Covid-19 dikesan pihaknya semalam.- MalaysiaGazette