Home Nasional Dua beranak jadi mangsa banjir di Mentakab

Dua beranak jadi mangsa banjir di Mentakab

Operasi mencari dan menyelamat dua beranak di Mentakab Pahang dipercayai lemas dan hanyut dalam arus banjir hari ini.

TEMERLOH – Operasi mencari dan menyelamat menemui mayat salah seorang daripada dua beranak di Mentakab yang dipercayai lemas dan hanyut dalam arus banjir di sini hari ini.

Mangsa dipercayai lemas adalah seorang lelaki Melayu berumur 39 tahun bersama anaknya lelaki berumur 10 tahun.

Pihak polis sebelum itu mengesahkan ada berlaku kejadian orang lemas semasa cuba merentasi Jalan Tun Razak di Mentakab berhampiran bangunan kedai Majlis Perbandaran Temerloh.

Usaha menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa kedua.

Keadaan arus air semasa di tempat kejadian adalah deras.

Misi menyelamat dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menghadapi banjir dan jangan membahayakan diri dan keluarga untuk membuat aktiviti yang boleh membahayakan nyawa.- MalaysiaGazette