PEKAN – Mayat seorang pekerja ladang Felda Chini yang lemas di dalam air sedalam lima meter ditemui pada 3.40 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mad Zin, mayat mangsa dijumpai ditempat yang sama kejadian berlaku.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi semasa mangsa bersama abang dan ayahnya keluar rumah untuk pergi mengambil buah sawit.
“Mereka ke ladang dengan manaiki motorsikal berasingan dan setibanya di Blok 10 ladang sawit Chini 2 terdapat air yang bertakung di atas jalan akibat hujan lebat beberapa hari lalu,” katanya menerusi kenyataan.
Abang mangsa melihat adiknya cuba menyeberang jalan dan tiba-tiba mangsa tenggelam bersama motorsikalnya.
“Mangsa terkapai-kapai kerana lemas dan tidak pandai berenang.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika dia cuba menyeberangi jalan dan tidak menyangka air begitu dalam,” katanya.
Jelasnya, lokasi mangsa lemas merupakan jalan rendah dan ditenggelami oleh air setinggi lima meter, jarak jalan yang dinaiki air pula sejauh 20 meter.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette