Home Ekonomi SSM ganti Sijil Perakuan Perniagaan secara percuma

SSM ganti Sijil Perakuan Perniagaan secara percuma

Bermula 1 Mac ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengurangkan kompaun bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 yang telah dimansuhkan sehingga 90 peratus.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan pemilik-pemilik perniagaan yang musnah akibat bencana banjir secara percuma melalui inisiatif ‘Pengecualian Bayaran Bagi Cetakan Perakuan Pendaftaran Kepada Pemilik Perniagaan Yang Terlibat Dengan Bencana
Alam’.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi membantu pemilik perniagaan yang terlibat atau terkesan dengan bencana banjir yang telah melanda beberapa buah negeri baru-baru ini, untuk mendapatkan salinan cetakan sijil berkenaan tanpa sebarang bayaran.

Bagi mendapatkan salinan cetakan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan secara percuma, pemilik perniagaan yang terkesan boleh hadir ke kaunter perkhidmatan SSM di seluruh negara bersama laporan polis atau dokumen berkaitan yang membuktikan bencana berlaku di premis perniagaan atau alamat kediaman pemilik perniagaan tersebut.

Tempoh pengecualian ini berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari selepas berlakunya bencana alam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette