KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu daripada jadual asal ekoran musibah banjir.
ia diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam media sosialnya hari ini.
Sekolah yang sepatutnya dibuka 2 Januari 2022 akan kembali dibuka pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri kumpulan B.
Menurutnya, KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan para guru, murid-murid serta ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.- MalaysiaGazette