Home Utama KKM kesan 49 kes baharu varian Omicron

KKM kesan 49 kes baharu varian Omicron

Khairy Jamaluddin Malays booster dose PICKids Chinese Illuminati Covid-19 vaccine
Minister of Health, Khairy Jamaluddin Abu Bakar at a news conference at the Ministry of Health (MOH) in Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 25 DECEMBER 2021. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2021.

PUTRAJAYA – Sebanyak 49 kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia dan menjadikan kumulatif kes itu kini mencecah 62 kesemuanya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan ia termasuk satu kes varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak semalam.

Daripada jumlah tersebut, 61 daripadanya kes import luar negara manakala satu lagi kes yang masih dalam siasatan dan disyaki kemungkinan jangkitan tempatan.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, penularan tempatan itu dikesan di Sarawak membabitkan lelaki warganegara China berusia 38 yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan sudah bekerja di negeri itu sejak tiga tahun lepas.

“Pesakit kes tersebut bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun serta menjalani ujian Covid-19 pada 18 Disember kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember.

“Keputusan sampel didapati positif Covid-19 dan kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di bawah Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember lalu.

“Sampel kes dihantar ke IHCM (Institute of Health and Community Medicine), UNIMAS untuk ujian genomic sequencing dan disahkan positif untuk varian Omicron pada 23 Disember,” katanya dalam sidang media khas di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Kata Khairy lagi, punca jangkitan belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Kes telah lengkap vaksinasi dan keadaannya stabil. Dua kontak dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial.

“Kedua-dua kontak ini telah diberi arahan kuarantin di stesen kuarantin untuk tempoh 14 hari dan keputusan ujian sampel pertama bagi kedua-dua mereka adalah negatif Covid-19,” jelasnya. – MalaysiaGazette