Home Utama Pegawai pendaftar mahkamah Johor Bahru diserang tahanan

Pegawai pendaftar mahkamah Johor Bahru diserang tahanan

PDRM
Penyamun maut terkena sabit sendiri.- Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Johor Bahru berdepan detik cemas apabila diserang seorang tahanan di mahkamah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Supt Lim Jit Huey berkata kejadian berlaku pada 11.20 pagi tadi ketika proses permohonan reman sedang berlangsung di dalam mahkamah itu.

“Seorang tahanan lelaki secara tiba-tiba menyerang pegawai wanita itu namun keadaan dapat dikawal oleh anggota polis yang bertugas. Pegawai tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata kes itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

— BERNAMA

Zakat LZS