KUALA LUMPUR – Seramai 47 orang disahkan menjadi mangsa korban banjir seluruh negara setakat ini manakala ima lagi masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala Pahang sermai 19 mangsa dan di Kelantan tiga mangsa.
“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita dan di Pahang dengan13 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, di Kelantan merekodkan tiga kematian melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menurutnya, lima lagi lelaki dewasa dilaporkan masih hilang. – MalaysiaGazette