KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam menjadikan umlah kumulatif 31,315.
Daripada jumlah itu, empat kematian berlaku di luar hospital (BID), kata Kementerian Kesihatan.
Selangor merekodkan angka kematian tertinggi dengan enam kes, diikuti Perak empat kes.
Manakala Johor dan Pulau Pinang masing-masing tiga kes, Kelantan, Pahang dan Kuala Lumpur pula masing-masing dua kes.
Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu merekodkan satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Putrakaya, Melaka, Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sebanyak 45,591 kes aktif dilaporkan sehingga lewat malam tadi dengan 324 orang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 175 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini berjumlah 2,738,401. – MalaysiaGazette