Home Nasional i-Citra: PM dengarlah rintihan rakyat, bukan nasihat menteri kewangan

i-Citra: PM dengarlah rintihan rakyat, bukan nasihat menteri kewangan

Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO berharap kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan keputusan akhir perdana menteri dan menteri kewangan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki meminta perdana menteri mendengar rintihan rakyat.

Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

”Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan menteri kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi,” katanya sambil menambah Pemuda UMNO telah cuba sedaya mampu melalui pelbagai cara membawa suara rakyat termasuk bertemu sendiri dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, menteri kewangan bahkan perdana menteri sendiri.

Jelas Asyraf, bantuan RM1,000 yang diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir tidak mencukupi terutamanya bagi mereka yang mengalami musibah banjir.

Apatah lagi jika hendak bergantung kepada pendekatan memberikan pinjaman.

Lantaran itu, beliau mahu perdana menteri dan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendengar rintihan rakyat, lebih-lebih lagi terlalu ramai yang mahu memulakan kehidupan dan perniagaan akibat terkesan dengan musibah yang melanda. – MalaysiaGazette

Tiada pengeluaran kali kedua i-Citra – PM