Home Utama Luruan monson bermula esok – Met Malaysia

Luruan monson bermula esok – Met Malaysia

Meteorologi Malaysia memantau keadaan cuaca 24 jam sehari. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Met Malaysia menjangkakan berlaku luruan monsun esok hingga 2 Januari depan.

Pada masa sama, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah esok hingga 2 Januari dan barat Sarawak pada 29 hingga 31 Disember.

Manakala di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

Menurutnya, angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan termasuk di Pantai Timur Semenanjung pada 27 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.

Orang awam yang merancang ke kawasan-kawasan berkenaan diminta sentiasa berwaspada dan peka perkembangan terkini.

Met Malaysia berkata, agensi itu akan terus memantau keadaan cuaca 24 jam sehari dan mengeluarkan amaran hujan berterusan dan ribut petir jika perlu. – MalaysiaGazette

Zakat LZS