KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen-komen rakyat yang menggesa pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Facebooknya sendiri.
Bekas perdana menteri itu berkata, ramai rakyat di negara ini bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir, selain berdepan dengan kesan kenaikan harga barangan dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berbulan-bulan.
”Ramai pula bagaikan jatuh ditimpa tangga akibat musibah banjir. Tengku Zafrul, tolonglah baca komen-komen rakyat dalam FB sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Parti UMNO telah beberapa kali mendesak kerajaan membenarkan pencarum melakukan pencaruman terakhir KWSP sebanyak RM10,000 sekali gus sebelum ini bagi membolehkan rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19 dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Malah, rintihan agar pengeluaran itu dibenarkan kerap kali disuarakan oleh individu-individu yang memerlukan melalui Facebook Najib, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki,
Tidak kurang juga gesaan sama turut disuarakan oleh orang ramai kepada Tengku Zafrul menerusi Facebook beliau.
Namun setakat ini belum ada respons positif daripada kerajaan mengenai permintaan pencarum. – MalaysiaGazette
Gaun Eng minta 42 bilion untuk bangsa Cina dari Zafrul.
Najib minta Melayu keluar duit simpanan hari tua..
UMNO prti pejuang bangsa Melayu dan Negara.
Tgk beza pejuang Cina DAPtolong Cina dgn Najib…geleng2