Home Nasional 19 kes kematian Covid-19 semalam

19 kes kematian Covid-19 semalam

Petugas Unit Forensik melakukan kerja-kerja mengurus mayat yang kini ditempatkan dalam kontena khas selepas peti beku sedia ada telah penuh berikutan peningkat kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021 - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 19 lagi kes kematian akibat Covid-19 semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes kematian terkumpul bertambah kepada 31,334.

Daripada jumlah kematian terbaharu itu, tiga kes meninggal dunia di luar hospital (BID).

Menurutnya, Terengganu mencatatkan angka kematian tertinggi dengan lima kes, diikuti Perak empat kes dan Pulau Pinang tiga kes.

Manakala Johor dua kes, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak masing-masing satu kes.

KKM berkata, tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya, Selangor, Melaka, Pahang, Kelantan, Perlis dan Labuan.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 44,815 kes aktif direkodkan dengan 306 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 170 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah terkumpul kes Covid-19 direkodkan di negara ini berjumlah 2,741,179. – MalaysiaGazette