Home Nasional 47 korban banjir, lima masih hilang

47 korban banjir, lima masih hilang

Bomba mengusung keluar mayat mangsa banjir seorang pengawal keselamatan yang ditemui di Blok C Taman Permata Dengkil pada 20 Disember lalu. - Gambar Ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seramai 48 orang menjadi mangsa korban banjir di seluruh negara setakat ini, manakala lima masih hilang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkat, Selangor kekal dengan 25 mangsa manakala di Pahang seramai 20, dan Kelantan tiga mangsa.

“Mangsa di Selangor melibatkan 17 lelaki dan lapan wanita manakala di Pahang melibatkan 14 lelaki dan empat wanita serta dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu mangsa di Kelantan melibatkan dua lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. – MalaysiaGazette